Tuesday, November 10, 2009

Pelan Jalur Lebar Negara

Promosi Penggunaan Infrastruktur Jalur Lebar

Latar belakang

Pelan Jalur Lebar Negara (NBP) telah diluluskan oleh Kabinet pada tahun 2004 dengan matlamat seperti berikut :


Meningkatkan daya saing negara di mana infrastruktur komunikasi yang maju dapat menjana kadar pertumbuhan produktiviti dan aktiviti ekonomi berasaskan rangkaian yang berkeupayaan tinggi;

Meningkatkan penyampaian perkhidmatan Kerajaan (G2C dan G2B) seterusnya meningkatkan produkitiviti dan keberkesanan;

Meningkatkan status sosio-ekonomi dengan menyediakan akses kepada aplikasi yang maju seterusnya meningkatkan kualiti dan taraf hidup rakyat; dan

Meningkatkan komunikasi di antara bandar dan luar bandar yang memperkayakan komuniti dan menggalakkan integrasi

Indikator utama di bawah NBP adalah :

Tahun-(Kadar Penembusan Per 100 Isi rumah)

2007- (15.5%)
2008-(20%)

2009-(30%)

2010-(50%)

Objektif

Membantu mencapai matlamat yang telah digariskan dengan melaksanakan promosi penggunaan infrastruktur jalur lebar melalui seminar/persidangan di peringkat regional/wilayah, menyediakan brosur, risalah, pengiklanan, program kesedaran dan "roadshow" di seluruh negara serta mengambil bahagian dalam pameran-pameran ICT dan program latihan/bimbingan kepada kumpulan sasaran yang dikenalpasti.

Skop Projek

Selaras dengan objektif yang telah digariskan, skop pelaksanaan projek adalah seperti berikut :
  • Mengadakan promosi umum jalur lebar seperti percetakan dokumen NBP, risalah, brosur dan penganjuran seminar/persidangan;
    Pembangunan Portal Jalur Lebar Kebangsaan
  • Menjalankan Kajian Permintaan dan Penawaran Jalur Lebar
    Pelaksanaan Jalur Lebar di peringkat negeri;dan
  • Penyediaan dasar dan garis panduan baru.

No comments:

Post a Comment